Seorang pemuda maut selepas kereta dipandu terbabas di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini hari ini.

KLUANG – Seorang operator kilang maut selepas kereta dipandunya terbabas dalam kejadian di Kilometer (KM) 76, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintendan Nik Mohd Azmi Husin berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian itu pukul 8.20 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang dikenali Kamaruzaman Kussin, 32, dalam perjalanan dari Simpang Renggam menghala ke Ayer Hitam.

“Bagaimanapun, ketika sampai ke lokasi kejadian, kereta jenis Proton Satria dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok di sebelah kiri jalan.

Katanya, mangsa yang beralamat di Felda Pemanis Satu, Segamat mengalami cedera parah di bahagian kepala, badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Nik Mohd Azmi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast