KUALA LUMPUR – Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan Caprice membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial kerana mendakwa bakal menerima saman yang dihantar oleh tiga individu termasuk usahawan, Asyraf Khalid.
Dua individu lain pula mempunyai kaitan dengan dakwaan kes pukul melibatkan enam mangsa yang pernah didedahkan Caprice sebelum ini.
Caprice atau Ariz Ramli, 37, berkata, dia mungkin akan dikenakan perintah injunksi iaitu larangan untuk bercakap berkenaan isu tersebut di media sosial.
“Saya nak buat permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa-mangsa (dipukul). Esok pagi (Selasa) menurut peguam saya, mungkin selepas saya terima tiga saman ini, akan ada satu injunksi daripada mahkamah supaya saya tidak boleh sebut tentang kes ini.
“Sudah tentu saya akan lawan perintah injunksi itu tetapi seperti anda semua tahu mahkamah di Malaysia ini prosesnya mungkin ambil masa selama lapan bulan atau setahun,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya di sini.
Sementara itu, Caprice turut memohon maaf kepada masyarakat Malaysia dan mendoakan agar kemenangan akan berada di pihak benar.
“Jadi untuk tempoh lapan bulan atau setahun, saya tidak boleh cerita tentang kes ini. Mereka berjaya senyapkan Caprice.
“Disebabkan kita membela mangsa (dipukul) ini, saya terima ugutan bunuh dan kami terima saman. Minta maaf Malaysia, hari ini mereka menang. Esok, lusa insya-Allah di pihak mangsa,” ujarnya.
Sebelum ini, Asyraf yang juga selebriti media sosial mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Caprice dalam masa terdekat.
Tindakan itu diambil selepas Caprice dikatakan melakukan serangan video selepas Asyraf memuat naik potongan audio siarnya ‘Apa Cerita?’ memaparkan tetamu jemputan yang didakwa pernah melakukan kekerasan
















