Abdul Halim sebelum berlepas ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri untuk menyaksikan perebutan Piala Sumbangsih malam esok.

KLUANG – Kira-kira 200 ahli Kelab Penyokong Bolasepak JDT Kluang akan hadir memberikan sokongan terhadap kelab bola sepak Johor Darul Tazim (JDT) dalam menghadapi perebutan Piala Sumbangsih malam esok.

Pengerusi kelab tersebut, Abdul Halim Mohd Dom berkata, peluang untuk menyaksikan pertembungan antara JDT dan Selangor dalam pertembungan merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang ‘tertangguh’ sebelum ini tidak akan dilepaskan pihaknya.

“Bagi tujuan itu, sebuah bas persiaran dan beberapa van serta kereta akan digunakan untuk membawa semua penyokong dari kelab itu bagi memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada JDT.

“Kami akan bergerak daripada Kluang sebaik usai sembahyang solat Jumaat dan dijangka sampai ke Stadium Sultan Ibrahim (SSM) di Iskandar Puteri sebelum pukul 4 petang esok.

“Ketibaan awal itu akan membolehkan semua penyokong membuat persiapan awal sebelum memasuki stadium bagi menyemarakkan pertembungan kedua-dua pasukan ini pukul 8 malam esok,” katanya ketika ditemui hari ini.

Pihaknya turut membuat persiapan awal dengan mengumpul seberapa ramai ahli kelab agar tidak terlepas peluang untuk hadir ke SSI Jumaat nanti.

Ujarnya, pihaknya turut berkeyakinan JDT mempertahankan piala ini untuk kali ke sepuluh berturut-turut dan memperolehi jaringan yang agak besar seperti dilakukan dalam perlawanan liga sebelum ini.

“Selain Piala Sumbangsih, kelab kami juga akan hadir dalam setiap perlawanan penting JDT di SSI  samada liga, Piala FA atau Piala Malaysia termasuk perlawanan akhir di Bukit Jalil,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast