JBPM mengambil masa hampir dua jam untuk membawa mangsa turun kerana faktor cuaca, geografi setempat, bercuram dan berisiko. Foto ihsan BOMBA

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 40-an yang dilaporkan hilang sejak petang semalam, ditemukan maut dalam hutan dekat air terjun di Kampung Teluk Sanau, Baling, Kedah.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada jam 2.34 pagi untuk mengangkat mangsa yang tidak sedarkan diri di puncak air terjun.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.

“Kerja-kerja membawa mangsa turun ke bawah hampir dua jam operasi dijalankan kerana faktor cuaca, geografi setempat, bercuram dan berisiko.

JBPM mengambil masa hampir dua jam untuk membawa mangsa turun kerana faktor cuaca, geografi setempat, bercuram dan berisiko. Foto ihsan BOMBA

“Turut menggunakan sked stretcher, sistem tali di lokasi-lokasi bercuram dan membahayakan kepada penyelamat.

“Operasi turut dibantu PDRM, KKM dan orang kampung,” katanya.

Tambahnya, mayat tersebut tidak mempunyai maklumat pengenalan diri dan telah diserah kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, mangsa masuk ke hutan itu untuk melakukan kerja-kerja hutan bagi mencari petai dan sayuran kampung.

Bagaimanapun, dia dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi adiknya sejak petang semalam dan memohon pertolongan orang kampung untuk lakukan pencarian. -MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast