Ahmad Zahid Hamidi

MELAKA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang gemar memperlekeh usaha kerajaan tetapi gagal menunjukkan hasil selepas berpuluh tahun memerintah.

Menurutnya, ada negeri yang mendabik dada kononnya membawa panji Islam sepanjang 38 tahun pentadbiran namun realitinya masih berdepan masalah sosial paling parah.

“Kadang-kadang hairan dengan sikap sesetengah pihak yang meremehkan, memperlekehkan usaha-usaha yang baik (dilakukan kerajaan) sebab tidak ada pun rasa bersyukur apatah lagi rasa berterima kasih pada yang memberi.

“Yang memberi kerajaan yang mentadbir, kerajaan negeri dan Persekutuan sekarang ini yang dianggap kononnya (tidak) memikirkan Islam tetapi yang dilakukan lebih daripada apa yang dijanjikan,” katanya.

Ahmad Zahid menyantuni kanak-kanak selepas Perasmian Program Tabika Tunas Istimewa@KEMAS di Tabika KEMAS Kampung Air Hitam Pantai, Tanjung Bidara, Melaka hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Tabika Tunas Istimewa@KEMAS di Tabika KEMAS Kampung Air Hitam Pantai, Tanjung Bidara di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Walaupun beliau tidak menyebut nama negeri berkenaan namun umum mengetahui ia adalah Kelantan yang diperintah oleh kerajaan Pas.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menegaskan, keadaan itu berbeza dengan negeri berkenaan yang menjanjikan Islam tetapi tidak melakukan sebarang perubahan dari sudut Islam.

“Selama 38 tahun mentadbir negeri tertentu tetapi apa yang dikatakan mahu mengislamkan negeri itu tidak dapat dilakukan malah masalah penagihan dadah negeri yang paling tinggi terutamanya pil kuda.

“Diikuti negeri di bawahnya, negeri yang sebelah utara dan negeri yang paling utara (jadi) biarlah kita tidak menggunakan nama pertubuhan atau parti sebagai Islam tetapi melaksanakan dasar-dasar Islam tanpa mengenepikan kepentingan dan kebebasan agama lain,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, penubuhan Tabika Tunas Istimewa@KEMAS yang menjadi antara 42 game changer bagi KKDW tahun ini selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) dan termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya (Akta 685).

“Penubuhan Tabika Tunas Isitimewa@KEMAS akan dilakukan secara berperingkat bermula dengan tiga projek perintis di Melaka pada tahun ini.

“Bagi peringkat nasional di Fasa 2, 2026 pula, KKDW akan mengambil pendekatan “1 Negeri, 1 Tabika” melibatkan 14 negeri dengan 14 tabika,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Cakap mcm org takda otak. Seolah2 panji Islam gagal atasi masalah sosial. Habis tu kalau bukan muslim fikir, Malaysia pun kalau nak selesai masalah dadah dan sosial, kena jd negara bukan Islam, kau boleh terima kah?

Comments are closed.