Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengambil serius kejadian buli melibatkan seorang murid yang berlaku di Johor seperti yang dilaporkan oleh media.

Siasatan kes ini perlu disegerakan dengan tindakan segera sewajarnya dapat diambil, katanya.

Tegasnya, Kementerian Pendidikan tidak berkompromi terhadap salah laku buli di semua institusi pendidikannya.

Jelanya, siasatan ini mesti dikendalikan dengan adil dan telus berdasar kepada garis panduan yang telah ditetapkan.

Menurut beliau, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menziarahi murid terlibat yang sedang mendapatkan rawatan di hospital. Manakala siasatan sedang berjalan. Saya doakan semoga anak ini diberi kesembuhan segera. – MalaysiaGazette

Murid 12 tahun belasah, paksa bogel selepas cinta ditolak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast