Video palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) mengandungi suara Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dikesan dalam aplikasi TikTok

JOHOR BAHRU – Satu akaun video palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) mengandungi suara Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dikesan dalam aplikasi TikTok.

Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (RPO) dalam satu kenyataan memberitahu, video palsu berkenaan didapati disebarkan melalui TikTok.

“Video palsu memaparkan suara Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong kononnya berkaitan bantuan kewangan daripada Baginda kepada orang ramai,” menurut kenyataan tersebut hari ini.

Kenyataan tersebut turut dimuat naik dalam Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Sehubungan itu, RPO menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu yang sering digunakan pihak scammers untuk tujuan penipuan di platform media sosial.

“Royal Press Office ingin menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang,” tegas kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast