KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 2 pagi Selasa, 26 Ogos 2025.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan jam 10.15 malam ini, MetMalaysia memaklumkan, amaran tersebut melibatkan daerah Bentong di Pahang; Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor.
Turut diramal terlibat adalah Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin); Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat).
Amaran ribut petir hujan lebat dan angin kencang turut dikeluarkan di Sarawak melibatkan Miri dan Marudi serta Limbang.
ARTIKEL BERKAITAN
https://malaysiagazette.com/2025/08/25/thailand-keluarkan-amaran-taufan-kajiki/
Di Sabah antara kawasan dijangka terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Telupid).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
SK Seri Perlis dilanda ribut, 207 murid terpaksa ikuti sesi PdPR














