KUALA LUMPUR – Bapa kepada penyanyi terkenal Ziana Zain dan Anuar Zain dilaporkan meninggal dunia jam 3.32 petang tadi.
Allahyarham Zin Abdullah yang juga dikenali sebagai Pak Zain, 87, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kayangan Heights, Shah Alam.
Berita duka itu dikongsikan menerusi sekeping poster yang dimuat naik laman sosial rasmi syarikat milik Anuar iaitu Anuar Zain Network.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina, sebelum maghrib. -MalaysiaGazette















