KUALA LUMPUR – Kerajaan menaikkan masing-masing 3 sen bagi harga runcit petrol RON97 kepada RM3.16 seliter dan diesel di Semenanjung Malaysia kepada RM2.88 seliter bagi tempoh 28 Ogos 2025 hingga 3 September 2025.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit diesel di Semenanjung yang ditetapkan itu masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu
sebanyak RM3.35 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit
petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan
juga menyokong kestabilan harga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras
RM2.15 seliter.

Menurut kementerian itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast