KUALA LUMPUR – TH Plantations Bhd mengesahkan menerima surat rayuan daripada bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Mohamed Zainurin Mohamed Zain berhubung penamatan kontraknya.
Menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pihaknya akan meneliti kandungan rayuan tersebut dan akan mengambil langkah sewajarnya terhadap perkara itu.
Pada Selasa, TH Plantations mengumumkan bahawa kontrak Mohamed Zainurin telah ditamatkan, dengan surat rasmi penamatan perkhidmatan telah dikeluarkan kepadanya.
Mohamed Zainurin dilantik sebagai CEO pada 1 Okt 2021. – BERNAMA
















