Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski. Foto Facebook FAM.

JOHOR BAHRU – Harimau Malaya dijangka berdepan situasi mencabar dalam aksi persahabatan Tier 1 menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, Isnin ini.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski berkata, semua pemain perlu meningkatkan lagi corak permainan selepas meraih kemenangan 2-1 berdepan pasukan Singapura Khamis lalu.

“Kami menghormati Palestin sebagai lawan yang sukar, tetapi pada masa sama kami mahu mengambil peluang ini untuk terus belajar dan meningkatkan corak permainan.

“Bola sepak bukan sahaja tentang kemenangan, tetapi juga memberi kebanggaan kepada negara,” katanya pada sidang akhbar menjelang aksi persahabatan berkenaan.

Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Australia itu turut menekankan bahawa setiap kemenangan datang dengan proses dan persediaan rapi, termasuk daripada aspek taktikal serta pemulihan pemain.

“Kami telah mengkaji maklumat mengenai Palestin dan akan menilaiya semula. Harapan kami ialah pasukan tampil lebih baik, kerana kejayaan tidak datang tanpa proses,” jelasnya.

Ketika mengulas mengenai situasi pemain sayap lincah, Faisal Halim, Cklamovski menegaskan, isu peribadinya tidak akan mempengaruhi dan pasukan tetap memberikan sokongan penuh kepadanya.

“Bagi saya, ia hanyalah satu isu tidak mengganggu tumpuan pasukan dan dia mendapat sokongan 100 peratus daripada semua. Fokus kami sekarang ialah persiapan menghadapi Palestin,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast