Anggota bomba menggunakan jentera ALP untuk menurunkan mayat di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru, pagi tadi.

 

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga asing maut dipercayai selepas terjatuh dari tingkat empat Berjaya Waterfront Hotel di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I Nakish Nekmat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 3.32 pagi bergegas ke lokasi dengan 10 anggota.

Wanita yang berusia 25 tahun itu ditemui atas bumbung tingkat satu selepas terjatuh dari tingkat empat.

“Pihak bomba menurunkan mangsa menggunakan peralatan khas dan jentera ALP,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk bedah siasat.

Tambah beliau, operasi yang jaraknya tujuh kilometer dari tempat kejadian itu tamat pukul 4.43 pagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast