Dua warga emas maut dalam kemalangan din Batu 51/2 Jalan Yong Peng, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Dua lelaki warga emas lelaki maut dalam kemalangan di Batu 51/2 Jalan Yong Peng di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penguasa Bomba Kanan II Khirdir Kamaludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai nahas tersebut pukul 8.43 pagi.

Katanya, sebaik menerima panggilan berkenaan, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan enam anggota dihantar ke lokasi sejauh 12 kilometer.

“Sebaik tiba di lokasi pada pukul 8.52 pagi, didapati kemalangan melibatkan lori 17 tan jenis Nissan dengan kereta Proton Saga.

“Pemandu lori 17 tan iaitu seorang lelaki berusia 46 tahun didapati selamat; namun pemandu dan penumpang kereta Proton Saga, Rosli Mohamed, 60, dan Mohd Salleh Lamisza, 63, meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Khirdir memberitahu, dalam kemalangan kedua-dua mangsa didapati tidak tersepit dan dikeluarkan oleh oleh anggota bomba.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 9.22 pagi,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast