Seorang lelaki disyaki melakukan pembunuhan kejam dengan menikam seorang wanita dan bakal tunangnya di Taman Nona, Guar Chempedak di Yan malam kelmarin berjaya dikesan di Kuala Terengganu dan direman bermula hari ini.
Perintah reman enam hari keatas suspek berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Fazlina Musa bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.















