Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Azlinda Azman bercakap pada sidang media khas mengenai isu pengantarabangsaan pendidikan tinggi Malaysia di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 17 SEPTEMBER 2025

PUTRAJAYA – “Kita sangat menjaga kepentingan anak tempatan dan tidak pernah sekalipun terfikir menganaktirikan untuk kemasukan ke universiti awam,” kata Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Dr Azlinda Azman.

Beliau menyifatkan dakwaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah berhubung Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) gagal mendahului kepentingan rakyat tempatan yang tidak diberikan tempat di universiti awam adalah mengelirukan dan tidak benar.

Antara lima universiti terlibat adalah universiti penyelidikan (RU), Universiti Malaya (UM), Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Univerisiti Teknologi Malaysia (UTM)

“Sehingga 31 Disember 2024,  jumlah pelajar tempatan dan antarabangsa di universiti ini adalah seramai 180,024 orang dengan 141,636 orang (78.7 peratus) pelajar tempatan dan 38,388 orang (21.3 peratus) pelajar antarabangsa di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah.

Untuk rekod di lima RU, jumlah pelajar tempatan adalah 91.6 peratus manakala pelajar antarabangsa hanya 8.4 peratus sahaja dan pelajar di peringkat prasiswazah ini juga, fokus utama adalah program ijazah sarjana muda dan subsidi disediakan kerajaan kepada anak tempatan sahaja.

“Bagi pasca siswazah pula bersifat terbuka, tiada had kemasukan pelajar antarabangsa kerana setiap UA menerusi dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi giat mempromosikan kualiti dan kesohoran universiti masing-masing selaras Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (2015-2025),” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Azlinda Azman bercakap pada sidang media khas mengenai isu pengantarabangsaan pendidikan tinggi Malaysia di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 17 SEPTEMBER 2025

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan mengapa data bagi kedua-dua peringkat pengajian ini tidak boleh digabungkan kerana ia mempunyai dasar yang berbeza.

Tambah Azlinda, dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi juga tidak sesekali mengabaikan peluang dan akses kepada anak tempatan dan akan memantau pengambilan pelajat antaran bangsa di semua UA.

Pada Isnin lalu, ADUN Jitra, Dr Haim Hilman menyifatkan sistem pendidikan tinggi negara berada dalam keadaan krisis susulan pelbagai isu yang sedang berlaku dalam sektor itu.

Dalam sesi perbahasan Muktamar Pas Pusat ke-71 di Kedah, bekas Naib Cancelor UUM itu mendakwa lima RU menawarkan jumlah 180,000 tempat tetapi 39,000 atau 21 peratus daripadanya diisi oleh pelajar asing.

“Kami juga tertanya-tanya kerana beliau merupakan seorang mantan Naib Canselor seharusnya fahamlah bagaimana universiti beroperasi, setakat mana jumlah peratusan pelajar yang melibatkan pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa,” jelasnya.

Justeru katanya, KPT sentiasa cakna dan komited dalam menyediakan tempat kepada calon tempatan dan tiada sebarang diskriminasi kepada rakyat tempatan untuk mengikuti pengajian di UA. – MalaysiaGazette

Sektor pendidikan tinggi negara dalam krisis – Haim Hilman

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast