Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menggesa kerajaan memastikan persiapan teliti dibuat sebelum melaksanakan inisiatif pembelian petrol pada harga RM1.99 seliter menggunakan kad pengenalan.

Ketua AMK negeri, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan berulangnya masalah teknikal seperti yang berlaku dalam Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebelum ini.

Muhammad Zakwan.

“AMK Pulau Pinang menyambut baik dan menyokong penuh inisiatif kerajaan untuk memberikan manfaat terus kepada rakyat melalui pembelian minyak petrol pada harga RM1.99 menggunakan kad pengenalan.

“Langkah ini pastinya mampu meringankan beban kos sara hidup rakyat dan membuktikan janji kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pada masa sama, kerajaan perlu memastikan kelengkapan, sistem dan mekanisme sokongan berada pada tahap optimum sebelum pelaksanaan selain pengalaman daripada isu SARA wajar dijadikan pengajaran,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/09/19/subsidi-petrol-pastikan-cip-mykad-berfungsi-dengan-baik/

https://malaysiagazette.com/2025/09/03/sistem-sara-pulih-penerima-puas-hati-meskipun-beratur-lama/

Tambah beliau, persediaan menyeluruh akan membolehkan skim petrol murah itu berjalan lancar, berkesan serta memberi manfaat besar kepada rakyat.

“Kami percaya dengan perancangan rapi, kerajaan dapat membuktikan komitmen dalam menjaga kebajikan rakyat melalui inisiatif berkenaan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Kerajaan memberi jaminan harga petrol RON95 akan turun kepada RM1.99 seliter pada akhir bulan ini sebagaimana pengumuman yang dibuat pada Julai lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat tidak perlu bimbang kerana janji yang pernah dibuat tetap akan ditunaikan walaupun berdepan cabaran semasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast