Isma Danial Ahmad Nasir

KUALA LUMPUR – Pelajar tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Biomedikal, Universiti Malaya (UM), Isma Danial Ahmad Nasir berjaya memenangi Anugerah Emas INNOMD: Innovation Pitching Powered oleh PERANTIM yang diadakan sempena Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2025, baru-baru ini.

Beliau dibimbing oleh Pengarah Pusat Inovasi Kejuruteraan Perubatan, Jabatan Kejuruteraan Biomedikal (UM) Professor Ir. Dr. Fatimah Ibrahim sebagai penyelia.

UM dalam kenyataannya berkata, beliau membentangkan satu inovasi yang dibangunkan bersama di CIME bertajuk “A Low-Cost, Portable, and Mobile-Based Bioimpedance Breast Cancer-Related Lymphedema (BRCL) Diagnosis and Monitoring System (Mobilymph)”.

Isma kemudiannya menambah baik konsep tersebut dan menyampaikan pembentangan yang berkesan.

Isma Danial Ahmad Nasir

Ia bukan sahaja mempromosikan inovasi itu tetapi juga berjaya memukau sembilan orang panel serta hampir 200 hadirin dan pihak berkepentingan dalam sektor penjagaan kesihatan, menjadikannya antara peserta yang paling menonjol dalam acara tersebut.

INNOMD merupakan platform terbuka pertama di Malaysia yang didedikasikan sepenuhnya untuk peranti perubatan. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast