Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri di Malaysia sehingga 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, antara negeri yang diramal berdepan cuaca berkenaan adalah
Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang dan Perak.

Selain itu, Kelantan (Jeli); Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); Pahang; Selangor; WP Kuala Lumpur; WP Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin) juga diramal berdepan cuaca yang sama.

Melaka (Jasin); Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi); Sarawak: Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Limbang dan Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), kata MetMalaysia menerusi kenyataan.

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran berdasarkan tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast