Barisan Ahli Jawatankuasa PEKAP dan Ustaz Syamsul Debat di KDEB kelmarin.

KUALA LUMPUR – Persatuan Anak-Anak Pahang Di Ibu Kota (PEKAP) merancang perhimpunan hari keluarga berskala besar pada tahun depan.

Yang Dipertua PEKAP, Datuk Azman Shah Abdullah berkata, majlis berkenaan dijangka dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Penasihat PEKAP.

“Kami sedang berusaha mendapatkan tarikh daripada MB Pahang serta lokasi sesuai kerana merancang pelbagai aktiviti kepada ahli-ahli,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ceramah motivasi Ustaz Syamsul Debat kepada ahli-ahli PEKAP di Kelab Darul Ehsan (KDEB) Ampang kelmarin.

Azman Shah menyerahkan baju batik kepada Syamsul Debat di KDEB kelmarin.

Dalam pada itu, Azman Shah menjangka Hari Keluarga PEKAP akan dihadiri kira-kira 4,000 warga Pahang di Lembah Klang.

Pihaknya juga merancang mengadakan Majlis Makan Malam Gala Bersama Sultan Pahang yang juga Penaung PEKAP pada tahun depan.

Ia diadakan sempena 60 tahun kelahiran PEKAP.

Dengan moto Kebajikan dan Perpaduan Diutamakan, PEKAP komited untuk terus melangkah ke hadapan dengan wajah baharu, agenda besar dan memberi impak kepada masyarakat, katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast