Kerajaan harus mencari mekanisme terbaik untuk menaikkan harga siling untuk beras putih tempatan (BPT) di Malaysia. Sebelum ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, pihaknya akan meneliti permintaan menaikkan harga runcit beras putih tempatan kepada RM3.60 sekilogram berbanding RM2.60 ketika ini.














