SERI KEMBANGAN – Misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) tidak berjaya diteruskan kerana dipintas tentera Israel namun rakyat Gaza sentiasa mengetahui solidariti yang diperjuangkan oleh rakyat Malaysia.

Pengurus Besar Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) di Gaza, Dr Ziad Shehada juga yakin semangat sukarelawan misi tersebut tidak akan pudar meskipun usaha mereka cuba digagalkan oleh rejin zionis.

“Pesanan saya kepada peserta (misi kemanusiaan), jangan risau saudara saudari sekalian. Pesanan rakyat sampai ke hati rakyat Gaza. Ramai rakyat di Gaza sedih bila mereka tahu kapal dipintas. Walaupun freedom flotilla telah dihalang, misi mereka tetap hidup kerana rakyat Gaza merasai keberanian, kasih sayang dan solidariti yang merentasi lautan.

“Kapal boleh dihentikan, tetapi semangat kemanusiaan yang berlayar demi keadilan tidak akan pernah dapat dipadamkan atas nama anak-anak Gaza yang terluka,” katanya ketika bersiaran secara langsung bersama Ketua Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau merakamkan penghargaan kepada peserta-peserta misi kemanusiaan daripada Malaysia kerana tidak melupakan rakyat Gaza yang menderita akibat kekejaman Israel sejak beberapa tahun.

“Atas nama anak yatim yang kehilangan kasih seorang ayah, atas nama para ibu yang menangis di sisi anak-anak syahid mereka. Atas nama yang kehilangan anggota badan serta harapan hidup, atas nama setiap warga Gaza yang kehilangan rumah, perniagaan, harta dan orang tersayang.

“Kami ucapkan dari lubuk hati kami yang paling dalam, terima kasih Malaysia, terima kasih MyCARE, terima kasih hero-hero dan delegasi-delegasi terima kasih atas kemanusiaan, kesetiaan dan bimbingan yang tidak pernah kami lupakan,” tambahnya. –

Sebagai rekod, minggu lepas misi Global Sumud Flotilla (GSF) menemui jalan buntu selepas sema 42 kapal yang membawa bantuan makanan, ubat-ubatan keperluan susu kanak-kanak di Gaza dipintas tentera rejim ketika berada di perairan Zon Merah di Laut Mediterranean.

Hari ini pula, lapan kapal layer yang membawa lebih kurang 145 delegasi daripada 25 buah negara menerusi isi FFC X TMG dipintas. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast