SPRM hakim
Logo SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh perintah Mahkamah Tinggi bagi menghalang transaksi wang berjumlah AS$115,320,661.63 (kira-kira RM486.4 juta) yang disimpan dalam tiga akaun perbankan di Switzerland atas penama Putera Turki Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.

Perintah menghalang dikeluarkan Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Mahkamah membenarkan permohonan agensi itu pada pendengaran semalam manakala permohonan difailkan pada 7 Oktober lalu.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, permohonan itu dibuat berdasarkan maklumat diterima agensi itu pada 2011, bahawa Putera Turki Abdullah Abdul Aziz Al-Saud menerima, memindah dan menggunakan hasil daripada penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui akaun perbankan miliknya.

Menerusi perintah ini, SPRM berjaya menghalang transaksi membabitkan AS$87,148,732.89 dan AS$12,777,759.74 dalam dua akaun bank di J.P Morgan dan AS$15,394,169 di dalam akaun bank UBS Switzerland. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast