JOHOR BAHRU – Sepasang kekasih maut dengan seorang daripadanya mempunyai kesan tikaman dan dikelar pada badan dalam kejadian di Jalan Austin Heights 8/3, Taman Austin Height di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya hari ini menerima laporan berhubung kejadian tersebut yang berlaku di laluan hostel pekerja pada pukul 7.40 malam semalam.
“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati kejadian tersebut melibatkan pasangan kekasih iaitu dua warga Myanmar. Seorang mangsa iaitu wanita berusia 33 tahun ditemui dalam keadaan mati dengan kesan tikaman dan kelar pada badan.
“Dijumpai sebilah pisau IK 24 sentimeter di lokasi kejadian. Suspek seorang lelaki warganegara asing dipercayai teman lelaki mangsa turut ditemui mati di lokasi sama dan dipercayai membunuh diri selepas kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, saksi kejadian iaitu seorang wanita warga asing berusia 23 tahun dan seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun turut cedera ketika cuba menghalang suspek daripada menyerang mangsa.
Kedua-duanya kata Raub, kini dirawat di hospital Sultan Ismail (HSI) manakala motif dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Jelasnya, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan 12 sebatan.
Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan 07-2182323.- MalaysiaGazette

















Kejadian pembunuhan yg kejam dan sadis kian menjadi2 sejak Azalina dan kerajaan memansuhkan hukuman gantung mandatori.. tidak ada bukti menunjukkan penghapusan hukuman mandatori ini telah mengurangkan jenayah kejam seperti ini