KUALA LUMPUR – Tular di media sosail mengenai selebriti, Uqasha Senrose telah memfailkan cerai terhadap suaminya yang merupakan pelakon, Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.
Nik Zaris Uqasha Nik Sen atau dikenali sebagai Uqasha Senrose dijangka hadir ke mahkamah bagi menghadiri prosiding sebutan cerai yang pertama hari ini.
Menurut sumber, rumah tangga pasangan selebriti tersebut telah mengalami masalah sejak April lalu namun bukan disebabkan oleh pihak ketiga.
Walaupun begitu, pasangan tersebut dipercayai sudah tidak lagi tinggal sebumbung disebabkan Uqasha kini menetap di rumah ibunya.
Terdahulu, beliau mengundang pelbagai reaksi ramai berikutan dakwaan mengenai keretakan rumah tangga sehingga menimbulkan pelbagai persoalan mengenai status hubungan mereka.
Uqasha dan Kamal Adli sah menjadi pasangan suami isteri pada 5 November 2021 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira. -MalaysiaGazette
















