Mangsa banjir, Jamaludin Mat Jenin, 70, menunjukkan keadaan rumahnya yang roboh akibat bencana banjir yang melanda daerah Larut Matang dan Selama (LMS) pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 OKTOBER 2025.
Mangsa banjir, Jamaludin Mat Jenin, 70, menunjukkan keadaan rumahnya yang roboh akibat bencana banjir yang melanda daerah Larut Matang dan Selama (LMS) pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 OKTOBER 2025.

TAIPING – “Saya dengar seakan-akan bunyi meletup sebelum dimaklumkan oleh anak rumah sudah roboh,” luah Jamaludin Mat Jenin.

Warga emas berusia 70 tahun itu tidak menyangka rumah didiaminya di Kampung Matang Pasir, di sini runtuh selepas dihentam arus deras dalam insiden yang berlaku sekitar jam 3 pagi Khamis lalu.

Menurutnya, sewaktu kejadian dia bermalam di rumah anaknya yang terletak berhampiran dengan kediamannya itu.

“Selepas anak saya memberitahu mengenai keadaan rumah itu saya tidak sanggup untuk melihatnya,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Katanya, sebelum ini kampung tersebut selalu dinaiki air setiap kali berlaku hujan lebat, tetapi tidak seburuk kejadian pada Khamis.

Saya dengar bunyi meletup sebelum rumah roboh - Jamaludin
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (kiri) menyantuni mangsa banjir, Jamaludin Mat Jenin, 70 (kanan) dan Mohamad Saad Mat Jenin, 67 (tengah) ketika meninjau keadaan infrastruktur dan kediaman penduduk yang rosak akibat bencana banjir yang melanda daerah Larut Matang dan Selama (LMS) pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 OKTOBER 2025.

“Selalu banjir tak jadi macam ini. Air kali ni deras sangat… saya tak sempat nak selamatkan barang apa pun. Semua habis, dapur, televisyen, barang dalam rumah semua rosak dan retak. Mujur tersangkut pada timbunan pasir, kalau tidak mungkin hanyut terus,” ujarnya.

Sehubungan itu, dia berharap kerajaan negeri dan agensi berkaitan dapat membantunya bagi membina semula kediaman baharu supaya lebih selamat untuk didiami.

Sementara itu, bahagian dapur rumah Mohamad Saad Mat Jenin, 67, turut rosak teruk akibat dihentam arus deras.

Dia yang juga adik kepada Jamaludin berkata, insiden tersebut adalah antara terburuk pernah berlaku dalam hidupnya sepanjang bencana banjir pernah berlaku di kampung berkenaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kerajaan Perak segerakan baik pulih infrastruktur terjejas banjir – MB

Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 2,984 orang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast