TANGKAK – Polis memburu seorang lelaki yang terlibat pecah masuk pejabat Majlis Daerah Tangkak, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Roslan Mohd Talib berkata, kejadian tersebut dirakamkan kamera litar tutup (CCTV) di pejabat berkenaan pukul 5 pagi.
“Pihak polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tangkak sedang giat mengesan seorang lelaki seperti dalam CCTV berkenaan yang berusia lingkungan umur 30-an.
“Suspek berbadan kurus dengan ketinggian dianggarkan 172-175 sentimeter. Siasatan mendapati dua unit tabung derma hilang,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau meminta orang awam mempunyai maklumat mengenai suspek untuk menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak 06-9785222 atau menghubungi Pegawai penyiasat d/019-2699573. – MalaysiaGazette















