BATU PAHAT – Budak lelaki yang parah selepas lehernya menggunakan pisau di sebuah rumah di Parit Raja di sini pagi semalam dilaporkan sudah stabil.
Mangsa yang berusia enam tahun itu masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan dialaminya.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa berkenaan sudah boleh bercakap namun memerlukan rawatan rapi daripada pasukan perubatan.
“Setakat ini polis belum merekodkan keterangan daripada mangsa sehinggalah keadaan pulih sepenuhnya. Pada masa sama, kita masih menjalankan siasatan punca sebenar kejadian ini berlaku.
“Polis sedang melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi.
Dalam kejadian 5.30 pagi semalam, mangsa ditemukan dalam keadaan parah selepas leher sebelah kanak dikelar menggunakan senjata tajam.
Shahrulanuar dilaporkan berkata, siasatan dijalankan sebaik pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 40 tahun pada 9 pagi hari kejadian.- MalaysiaGazette















