Bangunan Mahkamah Ampang, Kuala Lumpur.

AMPANG – Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini kerana mencuri serangkai kunci dan alat kawalan jauh rumah rakannya di Taman Ukay Perdana dekat sini baru-baru ini.

Tertuduh, Yap Bin Yin mengaku bersalah di hadapan Majistret Normaizan Rahim di Mahkamah Ampang hari ini.

Dalam fakta kes, tertuduh pada 12 Oktober lalu telah mencuri serangkai kunci bersama alat kawalan jauh di kediaman beralamat di Jalan UP 37/A, Taman Ukay Perdana.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1995.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan penjara 10 tahun dan juga denda.

Bagaimanapun peguam merayu supaya tertuduh dikenakan hukuman minimun memandangkan ia kesalahan pertama dan anak guamnya telah mengaku bersalah.

Majistret kemudiannya menetapkan hukuman denda RM800 atau penjara tujuh hari dan tertuduh membayar denda tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast