Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin.

 

KUALA LUMPUR – Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin sudah diminta untuk berehat daripada jawatannya sebagai Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN).

Dalam kenyataan ringkas kepada Malaysia Gazette hari ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, ia bagi memberi ruang kepada Shahrul Nasrun menyelesaikan masalah peribadi dengan bekas isterinya.

Platform media sosial dikejutkan dengan kontroversi melibatkan Shahrul Nasrun susulan pendedahan yang dibuat bekas isterinya yang dikenali sebagai Datin Amyera menerusi laman Instagram.

Menjawab kepada kontroversi itu, Shahrul Nasrun menerusi laman sosial Instagramnya semalam berkata, beliau tidak berhasrat untuk membuka ruang kepada sebarang perdebatan atau pertikaian terbuka di media awam berhubung kehidupan peribadinya itu.

Beliau bagaimanapun mengakui perkahwinannya terdahulu telah berakhir secara sah dan rasmi pada 30 Julai 2024 melalui proses sah mengikut undang-undang.

Tambahnya, beliau juga kesal apabila perkara yang sepatutnya kekal sebagai urusan peribadi dan tertutup kini dijadikan bahan perbualan umum yang boleh menjatuhkan maruah banyak pihak, termasuk dirinya, keluarga serta tunangnya yang tidak terlibat sama sekali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast