SEGAMAT – Gempa bumi lemah berlaku di Jementah, dekat sini, pada pukul 7:55 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman web memaklumkan, gegaran lemah bermagnitud 2.7 itu berlaku kira-kira 3 kilometer barat dari Segamat.

Menurut MetMalaysia, gempa berkenaan berpusat pada koordinat 2.5 darjah utara, 102.8 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran dirasai di Segamat dan kawasan sekitarnya,” menurut MetMalaysia.

Gempa pertama berlaku di Segamat dengan kekuatan 4.1 dan 2.8 magnitud pada 24 Ogos diikuti 3.2 magnitud pada 27 Ogos; 2.5 magnitud (28 Ogos) dan 3.4 magnitud (29 Ogos).

Sementara di Batu Pahat, gempa bumi dengan kekuatan 2.7 dan 2.9 magnitud dilaporkan berlaku pada 30 dan 31 Ogos lalu dan terakhir 2.9 magnitud pada 3 September lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast