Anggota polis unit forensik membawa mayat lelaki warganegara India berusia 49 tahun yang ditemui mati di tangga rumah kedai di kawasan Pusat Bandar Puchong. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2025.

PUCHONG – Polis mengesahkan lelaki yang ditemui mati di tangga rumah kedai di kawasan Pusat Bandar Puchong di sini malam tadi adalah pemastautin tetap warganegara India.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pemeriksaan mendapati mangsa berusia 49 tahun.

“Petugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima panggilan dari MERS 999 sekitar jam 7.03 malam tadi daripada seorang lelaki tempatan.

“Pengadu memberitahu menemui lelaki terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri di tangga rumah kedai itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Muhamad Farid, pihaknya masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta menyalurkan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Serdang di talian 03-80742222,” jelasnya.

Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette di lokasi mendapati, mayat mangsa telah dibawa turun dari lokasi sekitar pukul 11.48 malam tadi dan dibawa ke hospital berdekatan bagi tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Warga asing ditemui mati dibunuh di tangga rumah kedai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast