Dr M Noor Azman Taib (tengah) hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian projek pembangunan balai bomba dan penyelamat dan kuarters Gohtong Jaya bersama Genting Centre of Excellence Sdn. Bhd. dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Projek Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) serta kuarters di Gohtong Jaya, Genting, Pahang yang menelan kos sebanyak RM68.3 juta akan dilaksanakan melalui model pintar.

Model ini melibatkan pertukaran tanah kerajaan dan pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat oleh Genting Malaysia Berhad (GenM).

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Dr M Noor Azman Taib berkata, jumlah keseluruhan projek itu sebanyak RM39 juta dibiayai oleh kerajaan manakala RM29.378 juta lagi disumbangkan oleh GENM.

Menurutnya, model ini pertama kali dilaksanakan dalam memastikan aspek keselamatan di kawasan peranginan tanah tinggi dapat ditingkatkan.

Pada masa ini, projek ini masih di peringkat kerja tapak dan pembinaan fizikal akan bermula selepas kelulusan pelan bangunan.

“Projek ini dijangka mengambil masa 24 bulan dan dijangka siap pada November 2027,” katanya katanya selepas majlis menandatangani perjanjian projek tersebut hari ini.

Tambah beliau, pembinaan projek ini juga akan mengurangkan masa respons kecemasan kawasan berdekatan dari 25 minit kepada 10 minit dan memberi manfaat kepada kawasan Janda Baik dan Bukit Tinggi, Pahang dan sempadan Batang Kali dan Selayang di Selangor.

Noor Azman menambah, projek balai bomba ini bukan sekadar balai operasi, tetapi juga dilengkapi dengan kemudahan lengkap untuk kebajikan anggota dan komuniti setempat.

“Balai Bomba yang bakal didirikan di atas tapak seluas 0.8 hektar ini juga akan dilengkapi dengan 40 unit kuarters kediaman untuk kakitangan, sebuah dewan serbaguna, serta ruang ibadah bagi memenuhi keperluan komuniti setempat,” ujarnya.

“Balai Bomba yang bakal didirikan di atas tapak seluas 0.8 hektar ini juga akan dilengkapi dengan 40 unit kuarters kediaman untuk kakitangan, sebuah dewan serbaguna, serta ruang ibadah bagi memenuhi keperluan komuniti setempat”, ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast