KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan 10 calon bagi Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang disifatkan membawa harapan rakyat negeri itu.
Calon yang dipilih terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk bekas timbalan menteri, penjawat awam dan golongan profesional.
Setiap calon turut menandatangani surat aku janji beserta bon perjanjian bernilai RM10 juta sekiranya mengingkari amanah yang diberikan parti.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, langkah ini menekankan komitmen calon terhadap parti, pengundi dan kawasan yang diwakili demi merealisasikan aspirasi membentuk kerajaan negeri baharu.
Berikut senarai calon PKR mengikut DUN:
- N.18 Inanam – Datuk Peto Galim
- N.44 Tulid – Datin Rufinah Binti Pengeran
- N.23 Petagas – Awang Husaini Bin Sahari
- N.61 Segamai – Romansa Bin Lamin
- N.50 Gum-Gum – Abdul Said Bin Pimping
- N.20 Api-Api – Thonny Chee
- N.72 Merotai – Datuk Haj Ruji Bin Ubi
- N.42 Melalap – Datuk Jamawi Bin Ja’afar
- N.35 Sindumin – Datuk Yamani Hafez Bin Musa
- N.54 Karamunting – George Hiew
Menurutnya, calon-calon berkenaan dipilih berdasarkan kredibiliti dan kemampuan mereka untuk membawa pembangunan serta kesejahteraan kepada rakyat Sabah.
PKR berharap dengan komitmen calon-calon ini, parti akan mampu meraih mandat bagi membentuk kerajaan negeri yang stabil dan progresif. – MalaysiaGazette
















