Batalion Lapan Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik di Kelantan.

KUALA LUMPUR – Batalion Lapan Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik di bawah jambatan Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Kelantan semalam.

Pemangku Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, kejadian berlaku sekitar 4.20 petang semasa penguat kuasa Op Taring Wawasan Kelantan membuat rondaan.

Penyeludupan produk kosmetik di bawah jambatan Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Kelantan dirampas Batalion Lapan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Anggota PGA ternampak seorang lelaki sedang memindahkan beberapa kotak dari sebuah perahu ke tebing sungai dan suspek melarikan diri ke arah Thailand selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Pemeriksaan mendapati 12 kotak di lokasi berisi 972 unit produk kosmetik jenama Arraya dan 1,080 unit jenama Tamarind Queen” ujarnya

Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM89,000. Semua barang dirampas diserahkan kepada Unit Farmasi, Jabatan Kesihatan Kelantan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7(1)(E) Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast