51 daripada 55 calon GRS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 . - Foto Sabah Media.

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bertanding di 55 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 Nov ini.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata seramai 51 calon diumumkan hari ini manakala baki empat lagi akan diumumkan esok.

“Daripada calon kita umumkan hari ini, 33 adalah peratus muka baharu,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini hari ini.

Seramai 29 calon yang diumumkan adalah penyandang manakala 22 lagi baharu termasuk dua presiden parti komponen dalam GRS iaitu Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang akan bertanding di DUN Pintasan dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Tan Sri Anifah Aman bagi DUN Bongawan.

Sementara itu, Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan bertanding di DUN Sulaman yang dimenanginya pada PRN lepas. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast