Namawee

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap kontroversi, Namawee dibebaskan sementara dengan jaminan polis, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus yang mengesahkan perkara itu berkata, lelaki itu diikat jamin selama 13 hari, sementara menunggu laporan bedah siasat pempengaruh Wanita warga Taiwan yang ditemui mati di sebuah hotel, selesai.

“Untuk makluman setelah kertas siasatan dirujuk ke pejabat pendakwa raya hari ini 13 November 2025, Namewee akan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari ini hingga 26 November 2025 sementara menunggu laporan bedah siasat si mati diperolehi.

“Kertas siasatan akan dirujuk semula ke pejabat pendakwa raya Kuala Lumpur setelah laporan bedah siasat diperoleh,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, Namawee atau Wee Meng Chee menyerah diri kepada polis pada 5 November lalu, kemudiannya direman.

Namanya dikaitkan dengan kematian pempengaruh Taiwan Hsieh Yu-hsin kerana dia dilaporkan orang terakhir yang dilihat bersama wanita itu sebelum ditemui mati di dalam tab mandi bilik hotel Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu.

Kemudian, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilaporkan sebagai berkata, pembebasan Namewee dibuat berikutan tiada sebarang petunjuk kukuh yang dapat mengaitkan individu berkenaan secara langsung dengan punca kematian mangsa.

Kes tersebut pada mulanya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan kini disiasat sebagai pembunuhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast