Logo AKPS
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 26 orang warganegara telah ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di laluan keluar motosikal Bangunan Iskandar pada 16 Oktober lalu.

Menurut AKPS, hasil siasatan mendapati kesemua individu terbabit meninggalkan Malaysia tanpa kemukakan posport kepada pegawai yang bertugas dan melanggar Seksyen 2(2) Akta Pasport 1960.

“Susulan penahanan itu seramai 13 orang telah didakwa ke Mahkamah PATI Pekan Nenas, Pontian, semalam dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,500 seorang.

“Manakala tiga orang lagi yang ditahan merupakan pembonceng dan telah mendapat kebenaran Timbalan Pendakwaraya untuk dibebaskan dengan amaran bertulis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

AKPS menambah, pada tarikh berasingan, seramai 10 orang lagi telah disabitkan dengan kesalahan dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 setiap orang pada 6 November lalu.

Sehubungan dengan itu, AKPS menasihati supaya orang ramai yang melalui pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar khususnya di laluan motor supaya mematuhi arahan dengan melaporkan kepada pegawai bertugas.

Tambah AKPS, laporan kepada pegawai bertugas tersebut boleh dilakukan secara manual atau menggunakan aplikasi yang disediakan semasa masuk atau keluar tanpa gagal.

Tegasnya, mereka yang gagal berbuat demikian berisiko dikenakan tindakan undang-undang serta berkemungkinan kehilangan pekerjaan kerana pasport akan ditahan oleh pihak Imigresen sepanjang siasatan dijalankan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast