Shazeli Kahar

KUALA LUMPUR – Polis menangkap 30 warga asing berikutan penahanan sebuah bot kayu jenis ‘pom pom’ persisiran pantai Sungai Pulai, Sabak Bernam, Selangor menerusi operasi yang dilakukan pada awal pagi semalam

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, bot tanpa nombor pendaftaran itu dikesan dalam keadaan mencurigakan pada jam 12.15 pagi.

“Bot tersebut berjaya dipintas di kawasan persisiran pantai Sungai Pulai dan tekong bot telah diarahkan berhenti,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Operasi tersebut membaitkan anggota Bahagian D3 (Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran – ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam dan Balai Polis Sungai Besar.

Menurut Shazeli, daripada 30 orang yang ditangkap itu, 21 adalah lelaki manakala bali sembilan orang adalah perempuan berumur antara 21 hingga 49 tahun.

Tambah beliau, pihaknya turut merampas dua buah telefon bimbit yang dipercayai digunakan dalam aktiviti penyeludupan migran.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta ATIPSOM 2007 dan Akta Imigresen 1959/63. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast