Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa serangan politik terhadap Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak menghalang usaha beliau menghidupkan semula Gelombang Biru di Sabah. Zahid berkata semangat dan komitmen Bung kekal utuh dalam mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional di negeri itu.















