MITI menegaskan syarikat tempatan bebas memilih penggunaan cip AI dari Amerika Syarikat atau China selaras dengan dasar terbuka Malaysia. Tengku Zafrul turut memaklumkan bahawa MITI dan Kementerian Kewangan sedang menilai pemberian bantuan tambahan yang memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D), bukan sekadar pembelian peralatan, bagi memperkukuh ekosistem teknologi tempatan.















