Seramai 13 anggota dan pegawai berkada dalam hujan ebat ketika menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Asas Komando Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Siri 1/2025 di Pusat Selam Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan Pahang di sini hari ini.

KUANTAN – Seramai 13 penuntut, terdiri daripada seorang pegawai dan 12 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menamatkan Kursus Asas Komando Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkat,a kursus tersebut menjadi detik bersejarah kepada agensi ini kerana buat pertama kalinya ia dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih STAR Team yang dijalankan selama empat bulan.

Menurutnya kursus ini membuktikan kemampuan STAR Team berdiri sebagai pasukan elit yang mampu merancang, melaksana dan menilai kursus komando sepenuhnya mengikut standard profesional.

“Pelaksanaan kursus ini selaras dengan Arahan Ketua Pengarah Bil. 10 Tahun 2024, yang memberi mandat kepada STAR Team melahirkan operatif melalui acuan sendiri mengikut piawaian operasi sebenar di lapangan.

”Kursus berkenaan merangkumi Fasa Pra Asas, diikuti Fasa SERE (Survival, Evasion, Resistance and Escape) yang melibatkan ikhtiar hidup di paya, hutan dan laut, sebelum memasuki Fasa Asas Kepakaran dengan modul seperti tempur jarak dekat, letupan khas, pengiring orang kenamaan, special ship boarding, sniper,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup program tersebut di Pusat Selam Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), di sini, hari ini.

Majlis penutup Kursus Asas Komando Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Siri 1/2025 tetap dijalankan meskipun dalam keadaan hujan lebat.

Beliau berkata, kursus intensif hampir empat bulan itu melibatkan proses pemilihan yang ketat, termasuk modul jati diri, larian mara lasak (LARAK), ujian kecergasan air dan darat serta ujian fobia tempat tinggi dan tempat sempit bagi menilai ketahanan fizikal dan mental penuntut.

Kursus tersebut dibangunkan khusus untuk melahirkan operatif STAR Team yang berani, cekal dan mampu menggalas cabaran di lapangan kelak. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast