Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

PUTRAJAYA – Bilangan fasiliti kesihatan yang terjejas akibat banjir meningkat kepada 54 buah berbanding 49 yang dilaporkan semalam.

Bagaimanapun, 29 masih beroperasi di lokasi asal.

“Sehingga jam 8 pagi tadi, daripada 54 fasiliti yang terjejas itu, 25 telah memindahkan operasi. Perkhidmatan ini tidak boleh berhenti, cuma kita pindah tempat operasinya,” kata Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Menteri Kesihatan memaklumkan perkara itu pada sidang media selepas menghadiri Seminar Penjagaan Kesihatan OKU di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Semalam, Dzulkefly memaklumkan 49 fasiliti di tujuh negeri terjejas akibat banjir dengan 19 daripadanya terpaksa ditutup dan operasi dipindahkan ke lokasi lain.

Menurut laporan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan, 27 lagi fasiliti masih beroperasi dengan penyelarasan, manakala tiga fasiliti di Perlis tidak beroperasi.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, 433 mangsa banjir dijangkiti penyakit pernafasan akut, namun tiada penularan wabak serius setakat ini.

Ia melibatkan kes jangkitan kulit (134), cirit-birit (27) dan sakit mata (6).

Tiada wabak sehingga kini, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast