KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) memberikan sokongan untuk membentuk kerajaan negeri Sabah, demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran ringkas di Facebooknya.
“Terima kasih kepada seluruh Jentera BN yang telah bertungkus lumus sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Alhamdulillah, BN telah memberikan sokongan untuk bersama membentuk Kerajaan Negeri Sabah,” tulisnya.
BN yang sebelum ini bertanding 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya menang enam kerusi iaitu di Lamag, Usukan, Liawan, Sekong, Sook dan Sukau. -MalaysiaGazette
















