KUANTAN – Harga sayur yang dijual di Pasar Tani di perkarangan UTC Pahang naik sekali ganda berikutan musim hujan.

Bekalan bendi, kacang panjang, terung, tomato, lada, timun semakin berkurangan akibat kebanyakan kebun di sekitar daerah ini ditenggelami air.

Peniaga sayur Mohaini Mohammad, 50, mengakui terpaksa mengeluarkan modal yang besar untuk berniaga di musim hujan.

Mohaini Mohammad

Mohaini yang sudah berniaga 20 tahun berkata, beliau terpaksa cuti berniaga jika bekalan sayur terputus apabila kebun  pembekal di Sungai Soi, di sini, banjir.

“Memang (harga) naik sikit, tapi pembeli pun minta harga murah. Nak jual pun harga modal tinggi, tetapi pembeli minta harga murah lagi.

“Harga sudah naik dua tiga hari, sepanjang musim hujan harga memang naik, saya pun payah nak dapat bekalan

“Kalau kebun tenggelam naik air, terpaksa tutup, kalau nak ambil dari pasar raya barangnya lama dan mahal,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Zakaria Muhammad

Bagi Zakaria Muhammad, 55, musim hujan menghasilkan sayur yang kurang berkualiti kerana terendam akibat banjir.

Bagaimana pun beliau cuba membantu pembekal sayur untuk menjual kerana harga sayur hijau masih kekal.

“Banyak sayur kena banjir, sudah nak dapat bekalan, jadi harga naik

“Sayur hijau harga tak naik tetapi sayur berbuah sahaja, jadi saya jual apa yang orang letak di sini,” katanya,

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati sayur seperti kacang botol dijual murah kerana difahamkan bekalannya yang banyak.

Sebelum ini pekebun menjual kacang botol kepada peniaga pada harga RM5 sekilogram naik hingga RM9 sekilogram.

Yusri Yaakub

Yusri Yaakub, 55, pula terpaksa akur bahawa jualan pada musim hujan menurun sehingga Mac hadapan.

“Bekalan di Kuantan jadi kena akur musim hujan (harga) memang naik sehingga bulan Februari nanti. Bergantung kepada cuaca kalau cerah baru ada pelanggan.

“Kalau tidak boleh kira dengan jari berapa orang yang masuk kerana berniaga musim hujan memang tiada sambutan, tapi kena reda,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast