Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Simpang Renggam-Benut, Kluang semalam.

KLUANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 17.6, Jalan Simpang Renggam-Benut, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.45 tengah hari ketika mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC.

“Kejadian berlaku semasa penunggang terbabit dalam perjalanan dari Simpang Renggam ke Benut, Pontian hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar tiang lampu di tepi jalan.

“Mangsa yang berusia 54 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya , kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang 07-7784222, direct line 07-7784256; hotline 07-7766822 dan tablet L DCC : 014-365682. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast