Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia.

KUALA LUMPUR –  Dua guru yang didakwa terlibat dalam salah laku seksual seperti yang tular di media sosial telah digantung tugas sehingga siasatan terhadap mereka selesai.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah menegaskan, pihaknya mengambil serius dakwaan tersebut.

“Kedua-dua kes berasingan ini sedang berada dalam siasatan JPN Kedah,” katanya.

JPN Kedah tidak berkompromi dengan sebarang perlakuan yang melibatkan salah laku seksual dan akan terus memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan diberi perhatian.

Kejadian ini didedahkan oleh bekas guru dan juga pempengaruh terkenal,Cikgu Mohd Fadhli Salleh.

Beliau mendedahkan tangkap yar perbualan berbaur lucah antara seorang guru lelaki dan pelajar berusia 15 tahun.

Cikgu Fadli mendakwa pelajar berkenaan menjadi mangsa ‘groom’ guru berkenaan di sebuah sekolah di Alor Setar, Kedah.

Satu lagi kes, dakwa Mohd Fadhli turut melibatkan guru sekolah menengah.

Paling kasihan, guru-guru yang bertindak membuat laporan ke Pejabat Pendidikan Daerah ditukarkan, sedangkan Tindakan guru berkenaan untuk melindungi pelajar mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast