Lawrence Wong (tiga dari kanan). Foto: FB Anwar Ibrahim

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong menyambut baik keputusan Malaysia untuk meluluskan secara rasmi cadangan Singapura membuka konsulat di Sabah dan Sarawak, sambil menyifatkannya sebagai langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

“Gembira Malaysia telah bersetuju secara rasmi dengan cadangan Singapura untuk membuka konsulat di Sabah dan Sarawak.

“Ini akan membolehkan Singapura menyediakan perkhidmatan konsular kepada rakyat Singapura di sana, serta memperdalam hubungan erat yang sedia terjalin antara rakyat kita,” kata Wong pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pemukiman Pemimpin Tahunan Ke-12 yang diadakan di sini pada Khamis.

Perkara itu pertama kali dibangkitkan pada pemukiman pemimpin di Putrajaya pada Januari lalu.

Pada masa ini, Singapura mempunyai dua misi diplomatik di Malaysia, iaitu Suruhanjaya Tinggi di Kuala Lumpur dan konsulat di Johor Bahru yang memulakan operasi pada 2009. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast