Muhammad Izzat Daanish Sharil, 22, (gambar kecil) penunggang Grab yang sedang mengumpul duit untuk berkahwin tahun depan maut dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Razak- Ayer Keroh berhampiran Pangsapuri Polis Temenggong, Taman Sentosa, Bukit Baru di sini, kira-kira jam 2 petang tadi.

MELAKA – “Adik buat Grab juga walaupun ada kerja hakiki sebab dia sedang giat kumpul duit untuk kahwin tahun depan.

“Memang dia seorang yang suka bekerja, tidak mahu bergantung pada keluarga walaupun kami cuma dua beradik,” kata Izzaty Hamidah Sharil.

Wanita berusia 27 tahun itu adalah kakak kepada Muhammad Izzat Daanish Sharil, 22, penunggang motosikal Grab yang maut dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Razak- Ayer Keroh berhampiran Pangsapuri Polis Temenggong, Taman Sentosa, Bukit Baru di sini kira-kira pukul  2 petang tadi.

Kejadian turut menyebabkan dua lagi individu lain cedera selepas kerana jenis Perodua Axia dinaiki remuk dihempap dahan pokok yang tumbang.

Muhammad Izzat Daanish Sharil, 22, penunggang Grab yang sedang mengumpul duit untuk berkahwin tahun depan maut dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Razak- Ayer Keroh berhampiran Pangsapuri Polis Temenggong, Taman Sentosa, Bukit Baru di sini, kira-kira jam 2 petang tadi.

Lebih menyayat hati, Izzaty berkata, adiknya itu baru menghadiri kursus kahwin minggu lepas dan sedang bekerja keras mengumpul duit untuk perkahwinannya yang dirancang Disember tahun depan

“Izzat mula buat Grab sejak 2023 dan semakin aktif kumpul duit sebab dia merancang untuk berkahwin tahun depan walaupun sudah mempunyai pekerjaan tetap.

“Minggu lepas, dia baru sahaja selesai kursus kahwin dan Izzat memang anak yang tak suka susahkan orang termasuklah ibu bapa walaupun kami cuma dua beradik,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.


Gambar Izzaty Hamidah (kiri) bersama satu-satunya adiknya itu yang sempat dirakamkan pada November lalu.

Menceritakan kejadian petang tadi, Izzati mendapat panggilan daripada ibunya memaklumkan adiknya itu sudah meninggal dunia selepas dihempap pokok besar yang tumbang.

Jelasnya, keluarganya kini sedang mendapatkan nasihat untuk mengambil tindakan undang-undang dalam tragedi itu.

“Setakat ini, itulah perancangan kami, namun sekarang ini kami utamakan pengebumian Izzat yang dijangka selepas solat Isyak malam ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lintang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast