PORT DICKSON, 7 Dis (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dilaporkan lemas di sebuah kolam inap desa di Batu 4 Jalan Pantai, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Maslan Udin berkata pihaknya dimaklumkan kejadian oleh Bahagian Kecemasan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 8.40 malam.
“Mangsa menerima rawatan awal di Hospital Port Dickson sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HTJ kira-kira 6 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kolam itu sedalam kira-kira 1.5 meter dan sembilan meter panjang.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA
















